WikiLeaks telah mendedahkan satu kabel diplomatik Amerika Syarikat mengatakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.Dalam kabel yang ditandakan sulit itu,pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah diberitahu bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.
Bila didesak oleh AMK untuk memberikan jawapan tentang pendedahan ini.. bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menegaskan beliau tidak pernah mengatakan lebih 60,000 rakyat asing di Sabah telah diberikan kad pengenalan palsu dan diterima sebagai pengundi bagi membolehkan Umno-BN menguasai negeri itu.
Bak kata pepatah.. Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru.. bukan kata bangkai gajah.. Bangkai biawakpun tak boleh ditutup dengan nyiru..