Sunday, September 26, 2010

Kemerdekaan Sabah... Kelahiran MALAYSIA

16 September 1963 merupakan hari keramat bagi seluruh penduduk Borneo (Sabah dan Sarawak)... Persetujuan kedua-dua pemimpin negeri ini untuk bersama-sama dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan telah melahirkan sebuah nama yang Gah di persada dunia hari ini... MALAYSIA. Namun, apa yang menyedihkan, tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak tidak diiktiraf oleh Kerajaan Pusat... Apa yang dilakukannya ialah menukar tarikh tersebut sebagai Tarikh Lahir Tuan Yang Dipertua (TYD) Negeri. Malah, setiap iklan yang dikeluarkan hanya memfokuskan kepada pejuang-pejuang daripada semenanjung. Tidakkah mereka sedar bahawa betapa ramainya pejuang daripada sabah yang mengorbankan nyawa mereka demi mencapai kemerdekaan sebelum ini? Terutama sekali semasa perang dunia kedua...