Mengapa saya mengatakan demikian? Ini akan saya buktikan kepada fakta-fakta yang jelas akan membuatkan anda bersetuju dengan kenyataan ini.
Fakta Pertama
Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963, SUDAH TERBATAL!
Mengapa? Ini disebabkan Malaysia dibentuk oleh empat (4) buah negara iaitu Borneo Utara, Sabah (North Borneo), Sarawak, Singapura dan Malaya. Dalam perundangan, jikalau salah seorang penandatangani Perjanjian menarik diri, maka perjanjian tersebut secara automatiknya TERBATAL. Dalam kes ini, singapore tidak menarik diri tetapi telah disingkirkan daripada pembentukkan ini pada 9 Ogos 1965 tanpa pengetahuan, perbincangan dan persetujuan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak. Ini bererti, Satu Markah untuk kemenangan berpihak kepada Sabah dan Sarawak di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice, ICJ).
Video pasal penyingkiran Singapura daripada Malaysia
Info that you may download regarding:
Fakta Kedua
Selain daripada perjanjian YANG SUDAH TERBATAL, Malaya telah meminta pemimpin Sabah dan Sarawak membuat satu surat kepada Malaya yang menyatakan untuk tidak keluar daripada Malaysia. Maka sebab itulah mengapa Malaya mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak TIDAK BOLEH KELUAR DARIPADA MALAYSIA atas sebab pemimpin terdahulu telah berjanji melalui surat tersebut untuk tidak keluar daripada Malaysia. Selain itu juga, mereka dengan tanpa segan silunya, mengatakan bahawa dalam 18/20 perkara mengatakan, PERKARA 7 mengatakan Sabah dan Sarawak tidak mempunyai hak untuk keluar Malaysia. Disini saya ingin mengatakan bahawa dalam 20 PERKARA untuk Sabah, 19 PERKARA TELAH DILANGGARI, TIDAK DIPATUHI dan TIDAK DIHORMATI oleh Malaya, mengapa PERKARA 7 PERLU DIPATUHI OLEH SABAH??? Dan begitu juga untuk Sarawak. Selain itu, dengan berpegang teguh dengan surat yang diberikan itu, adalah TIDAK SAH kerana ia dilakukan tanpa pengetahuan rakyat Sabah dan Sarawak. Daripada perkara ini, kita sudah dapat lihat dengan jelas bagaimana permainan kotor Malaya terhadap Sabah dan Sarawak. Sila klik link (http://despiritofsabahan.blogspot.com/p/20-points.html) ini untuk membaca apakah yang dimaksudkan dalam 20 PERKARA dan mengenai HAK UNTUK BERPISAH. Ini adalah markah kedua untuk kemenangan Sabah dan Sarawak.
***Perhatian: Sarawak pada asalnya juga telah mengemukkan 20 perkara tetapi telah membatalkan 2 perkara iaitu Perkara 19 dan 20. Maka sebab itu Perjanjian Sarawak dikenali sebagai 18 Perkara. Isi perjanjiannya juga sama seperti perjanjian Sabah.***
Fakta Ketiga
Isu minyak. Seperti yang kita sedia maklum, Sabah dan Sarawak sangat kaya dengan hasil minyak petroleum dan gas asli yang mana sememangnya sumber ini SANGAT PENTING DAN MENJADI REBUTAN MANA-MANA NEGARA. Apa yang menyedihkan dalam hal ini, Sabah dan Sarawak telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian pemberian royali sebanyak 5% sahaja oleh kerajaan Malaya kepada Sabah dan Sarawak yang mana 95% pula diambil oleh Malaya. Dalam konteks ini, saya ingin meminta anda untuk berfikir sejenak menggunakan akal dan minda yang logik dan matang... Bayangkan anda mempunyai 100 ekar tanah, tiba-tiba orang luar datang dan mengambil 95 ekar tanah dan hanya memberi anda 5 ekar tanah sahaja... Adakah anda fikir ini sesuatu yang boleh kita bertolak ansur??? Adakah ini namanya ADIL??? Dalam konteks pemberian royalti minyak ini, adalah sesuatu yang salah. Mengapa Malaya memberi royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak??? Adakah minyak ini dimiliki oleh Malaya??? TIDAK! Minyak ini adalah milik rakyat Sabah dan Sarawak! Malaya sepatutnya meminta kebenaran daripada Sabah dan Sarawak berapa yang BOLEH DIBERI OLEH SABAH DAN SARAWAK KEPADA MALAYA. Please klik link ini (http://malaysia-today.net/mtcolumns/47092-episode-1-how-east-malaysia-and-terengganu-were-robbed-of-their-wealth) untuk memahami maksud ini. Acheh menguasai minyaknya sebanyak 70% manakala negara-negara eropah yang mengamalkan konsep perkongsian kuasa sebenar membenarkan negeri-negerinya untuk mengurus minyak mereka. Tapi ingat, mengapa kita perlu mendapatkan kebenaran mengurus minyak? Siapakah Malaya itu??? Mereka hanya rakan kongsi yang mempunyai status SAMA dengan Sabah dan Sarawak. Dalam menuntut perpisahan, sejarah sudah membuktikan bahawa kemenangan sentiasa berpihak kepada mereka yang memiliki Minyak. Satu markah lagi untuk Sabah. Maka Sabah mempunyai 3 Markah kemenangan manakala Malaya adalah KOSONG!
Fakta Keempat
Keinginan rakyat Sabah dan Sarawak untuk tidak lagi ingin bersama dengan Malaya. Dalam sejarah pembentukkan negara, rakyat mempunyai hak MUTLAK untuk menentukan masa depan negara. Tiada mana-mana manusia mampu untuk menyekat keinginan seseorang jikalau keinginan itu dilakukan dengan tekad berbekalkan dengan alasan-alasan yang kukuh. Rakyat Sabah dan Sarawak SUDAH TIDAK MAHU BERSAMA DENGAN MALAYA atas sebab Rakyat Sabah dan Sarawak SUDAH TIDAK MENDAPAT FAEDAH, KEBAIKAN, KEPENTINGAN DAN KEYAKINAN untuk terus berada dalam "MALAYSIA". Selain itu juga, perkara yang sangat penting ialah KEDAULATAN RAKYAT SABAH DAN SARAWAK TIDAK DIHORMATI DAN DICABULI OLEH MALAYA. Ini dapat dijelaskan dengan nyata dengan status yang diberikan iaitu dari STATUS NEGARA, KINI BERSTATUS NEGERI. Sabah dikatakan negeri ke-12 dan Sarawak pula negeri ke-13. Ini sesuatu yang melucukan... SEJAK BILA SABAH DAN SARAWAK BERSTATUS NEGERI??? APAKAH HAK MALAYA BERBUAT DEMIKIAN???! FAHAMKAN MALAYA MAKSUD "SAMA STATUS & RAKAN KONGSI" dalam pembentukkan Malaysia seperti mana yang telah dipersetujui???
Maka sebab itulah dengan fakta-fakta ini, sekumpulan golongan elit dalam group facebook "Sabah Sarawak Keluar Malaysia" atau lebih sinonim dengan nama group "SSKM" sedang mendidik, mengajar dan memberitahu kepada semua rakyat Sabah dan Sarawak mengapa TINDAKAN seumpama ini MESTI DIAMBIL oleh RAKYAT SABAH DAN SARAWAK. Kumpulan ini bukan kumpulan biasa yang direka-reka. Kumpulan ini juga bukan mencari publisiti... Kumpulan ini adalah kumpulan yang SEBENAR memperjuangkan HAK-HAK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK. Mereka terdiri daripada golongan yang professional di Seluruh Dunia. Rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di dalam dan luar negara BERSATU dalam KUMPULAN INI dalam menjayakan MISI HIDUP MATI RAKYAT SABAH DAN SARAWAK. Untuk pengetahuan anda semua, Rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai ramai Cendiakawan / golongan yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan pakar dalam semua bidang. Namun, disebabkan tiada peluang pekerjaan serta penindasan dalam peluang ini, mereka terpaksa merantau ke negara luar demi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Tetapi, kini sejarah akan tercipta yang mana mereka semua bakal pulang ke Tanah Air untuk bersama-sama memperjuangkan MISI SSKM dan membantu Sabah dan Sarawak bangun dan maju serta menjadi antara negara yang BERPENGARUH, MAJU dan TUMPUAN PERDAGANGAN di RANTAU ASIA seperti Singapore. Janga anda sesekali mempunyai kesangsian terhadap kebolehan bangsa anda... BANGSA SABAH DAN SARAWAK. Disini, saya hanya nyatakan 4 fakta sahaja yang mana sebenarnya banyak lagi. Tetapi, bagi saya... 4 fakta ini sahaja sudah memadai untuk menyokong misi SSKM.
Dengarkan kata-kata ini....
Kalian semua... Sokongan Pro Malaysia iaitu sokongan untuk menentang Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia itu timbul kerana mereka tidak faham rasional Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) ini. Sini saya terangkan...
Bukan sebab kita tidak dapat hasil sepatutnya kita marah dan mahu keluar. Jika ini persoalannya, maka kita tuntut di mahkamah.
Bukan sebab kerajaan tempatan yang lemah dan memperbodohkan dan menindas kita, kita mahu keluar. Jika ini persoalannya, kita boleh kempen dipilihanraya.
Tapi bila KEDAULATAN negara kita Sabah dan Sarawak di NODAI dan kita merelakan maka itu menunjukkan kalian buta sejarah! Kalian tahu apa yang kalian telah buat???
YA, negara Sarawak telah berdaulat 170 tahun. Miliki Rajah yang berdaulat, dijajah 20 tahun dan merdeka pada 22 Julai 1963.
YA, Negara Sabah berdaulat 123 tahun, dijajah Jepun dan merdeka pada 31 Ogos 1963
JANGAN BUTA SEJARAH! JANGAN buta mata dengan apa yang dilihat dan dipertontankan. JANGAN LEKA dengan dengan apa yang kalian nikmati.
Dengan mengatakan sudah terlambat kita merdeka (keluar daripada Malaysia), kalian mengatakan...
Yang perjuangan Rosli Dhobi itu satu Jenaka.
Perjuangan Ranger Sarawak iu satu Jenaka.
Wasiat Rajah Brooke itu satu Jenaka.
Perlantikkan Koroh bin Santulan itu satu Jenaka.
Kematian Chief Minister (First Prime Minister of Sabah) Tun Fuad Stephen itu satu Jenaka.
Perjuangan rakyat Sabah menentang Jepun itu satu Jenaka.
Demonstrasi anti cession itu satu Jenaka.
Sabah dan Sarawak itu satu Jenaka.
Perjuangan SSKM ini bukan satu omongan kosong (borak kosong). Bukan perkara enteng (remeh temeh) yang boleh kalian jadikan permainan lidah dan bola percaturan politik.
SSKM berjuang demi kedaulatan NEGARA yang sudah lama merdeka dan tiba-tiba tanpa referendum kita diasimilasikan menjadi "Negeri Malaya". Kata Putus kita dipegang oleh Putrajaya. ITU TIDAK ADIL! ITU DIJAJAH NAMANYA! HARTA KITA DIRAMPAS DAN ANAK NEGERI KATA ITU ADIL UNTUK SEMUA NEGERI?! Itu baru saya kata satu Jenaka. (Petikan ayat daripada Generasi Sabah & Sarawak)
Saya sokong
ReplyDeleteI agree
ReplyDeletesangat2 agree..
ReplyDeleteI agree
ReplyDeleteSokong 100%
ReplyDeleteNak tanya siapa orang yang tandatangan perjanjian ini( sarawak )
ReplyDeleteSokong ... Teruskan usaha... Paling teruk pemimpin setuju status negara d ubah
ReplyDeleteSokong ... Teruskan usaha... Paling teruk pemimpin setuju status negara d ubah
ReplyDeleteSokong 100%
ReplyDelete