Thursday, February 9, 2012

KEJAYAAN MALAYA, KEHANCURAN SABAH



SETELAH Perjanjian Malaysia ditandatangani oleh wilayah Singapura, Malaya, Sabah dan Sarawak, maka dunia mencipta satu lagi sejarah selepas perang dunia di asia, ia itu penyatuan wilayah menjadi sebuah negara bernama Malaysia.
Agak sedih kerana tanpa pengetahuan Sabah dan Sarawak, Singapura sama ada dikeluarkan atau menarik balik atau sememangnya telah bermain wayang untuk memikat Sabah dan Sarawak supaya bersetuju membentuk Malaysia kini menjadi satu tanda tanya yang tidak pernah terjawab sama ada oleh Singapura atau Malaya, ialah kenapa wilayah rakan kongsi Sabah dan Sarawak tidak dijemput berbincang mengenai Singapura tidak bersama-sama Malaysia.

Peristiwa demi peristiwa selepas itu, seolah-olah menjadi jawapan kenapa Singapura tidak bersama-sama Malaysia dan kenapa Sabah dan Sarawak tidak dijemput bersama mengenai hasrat Singapura tidak lagi bersama-sama Malaysia.

Malaya telah berjaya mendesak Sabah menghalau pegawai-pegawai British di Borneo dan menggantikan dengan pegawai-pegawai daripada Malaya yang sepatutnya diisi oleh rakyat Sabah sendiri.

Apabila Tun Mustapha tidak bersetuju dengan perjanjian petroleum cadangan Malaya, Tun Mohd. Fuad Stephens dijadikan alat untuk menjatuhkan USNO pimpinan Tun Mustapha melalui parti BERJAYA. Menyedari bahawa Tun Mohd. Fuad Stephens juga tidak bersetuju dengan perjanjian petroleum itu, maka terjadilah Peristiwa Double Six yang mengorbankan enam orang pemimpin Sabah termasuk Tun Mohd. Fuad Stephens.

Belum pun habis masa berkabung rakyat Sabah kepada pemimpin yang telibat dalam Tragedy Double Six, perjanjian petroleum telah pun ditandatangani di mana Sabah berhak memperolehi 5% hasil petroleum Sabah sementara 95% adalah untuk Malaya.
Tidak lama selepas itu, Pulau Labuan telah bertukar nama Wilayah Persekutuan Labuan. Kebanjiran pendatang asing mulai terasa. Tanda-tanda ekonomi Sabah mula dikuasai orang asing juga mula kelihatan.

AWISS (Anak Warisan India Seluruh Sabah) adalah bas express pertama di Sabah yang beroperasi dari Sabah ke Beaufort. Apabila rakyat Sabah memilih PBS (Parti Bersatu Sabah) menerajui kepimpinan Sabah, Malaya telah memecahbelahkan para pemimpinnya dan menyertai UMNO yang telah memujuk Tun Mustapha supaya USNO dimusnahkan.

Untuk menguatkan kedudukan UMNO di Sabah, maka berlakulah pemberian kad pengenalan kepada orang asing yang mencari makan di Sabah dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Banyak perkara berlaku untuk kepentingan Malaya di Sabah.
Kejayaan Malaya menjajah Sabah melalui UMNO dalan Barisan Nasional, telah mengubah perlembagaan untuk kepentingan Malaya, termasuk penambahan kerusi Parlimen dan DUN di mana hampir keseluruhan kerusi tambahan diambil oleh UMNO.

Walau pun calon daripada parti UMNO adalah Orang Sabah (sama ada hasil projek IC) sokongan mereka adalah kepada Malaya dan bukan kepada kepentingan rakyat Sabah.

Hari ini, rakyat Sabah telah menyedari perkara ini. Rakyat Sabah sedang berhadapan dengan cabaran. Warga asing yang telah mendapat kad pengenalan projek UMNO, berusaha mempertahankan UMNO.

Rakyat Sabah tidak ada pilihan, selain bersatu tanpa mengira fahaman politik, anutan agama dan suku bangsa. Sabah adalah milik rakyat Sabah. Rakyat Sabah berhak menikmati kekayaan dan hak kemerdekaannya yang diperlolehi pada 31 Ogos 1963. Rakyat Sabah berhak mempertahankan tanah airnya dan maruah bangsanya demi untuk generasi bangsa Sabah.

Oleh : JAMES AIT

No comments:

Post a Comment