Salam sejahtera buat semua warga
Sabahan yang saya kasihi. Disini, saya terpanggil untuk menyampaikan mesej saya
agar semua rakyat Sabah memahami situasi yang sebenar berlaku di Lahad Datu,
Kunak dan Semporna yang mana ini merupakan satu kesinambungan peristiwa dengan
satu tragedi hitam yang pernah berlaku suatu ketika dahulu di Malaya iaitu
Tragedi 13 Mei 1969 yang telah meragut ratusan nyawa orang yang tidak berdosa
hasil daripada permainan politik yang didalangi oleh sebuah parti politik iaitu
UMNO.
Sunday, March 3, 2013
Latar Belakang Penubuhan Malaysia: Part 2/2
Kekukuhan
Sabah selama itu adalah dibawah pimpinan Harris Salleh. UMNO yang mempimpin
Barisan Nasional telah berpuashati dengan wujudnya hubungan antara Sabah dan
KL. Haris telah bersedia untuk mengekalkan hubungan itu asalkan jawatan beliau
terjamin.
Hubungan
secara peribadi ganjaran kepada hubungan erat, Berjaya telah mendapat sokongan
kewangan serta perlindungan politik daripada Kuala Lumpur. Pada pilihanraya
1981, hampir kesemua barisan pembangkang Sabah yang lebih cenderung kepada
Sabah (Pro-Sabah) telah dikalahkan. Kerusi Parlimen di Sabah telah dimenangi
oleh Barisan Nasional.
Akibat
terlalu banyak terhutang budi kepada pimpinan UMNO, Harris telah terperangkap
dengan menyerahkan kebanyakan hak-hak
negeri (seperti ramai pegawai-pegawai daripada semenanjung) dan perkara-perkara
seperti Borneonisasi, melonggarkan kuasa Imigresen dengan alasan pengwujudan
intigrasi nasional, penyerahan Pulau Labuan dan sebagainya.
KL
sanggup "Timbul Tenggelam" dengan Berjaya sebagai satu jaminan.
Subscribe to:
Posts (Atom)