Kekukuhan
Sabah selama itu adalah dibawah pimpinan Harris Salleh. UMNO yang mempimpin
Barisan Nasional telah berpuashati dengan wujudnya hubungan antara Sabah dan
KL. Haris telah bersedia untuk mengekalkan hubungan itu asalkan jawatan beliau
terjamin.
Hubungan
secara peribadi ganjaran kepada hubungan erat, Berjaya telah mendapat sokongan
kewangan serta perlindungan politik daripada Kuala Lumpur. Pada pilihanraya
1981, hampir kesemua barisan pembangkang Sabah yang lebih cenderung kepada
Sabah (Pro-Sabah) telah dikalahkan. Kerusi Parlimen di Sabah telah dimenangi
oleh Barisan Nasional.
Akibat
terlalu banyak terhutang budi kepada pimpinan UMNO, Harris telah terperangkap
dengan menyerahkan kebanyakan hak-hak
negeri (seperti ramai pegawai-pegawai daripada semenanjung) dan perkara-perkara
seperti Borneonisasi, melonggarkan kuasa Imigresen dengan alasan pengwujudan
intigrasi nasional, penyerahan Pulau Labuan dan sebagainya.
KL
sanggup "Timbul Tenggelam" dengan Berjaya sebagai satu jaminan.
Walaupun
wujudnya ketidakpuasan hati di kalangan pengasas-pengasas terhadap kepimpinan
Berjaya, namun BN yang dipimpin oleh UMNO sentiasa menyelebelahi Berjaya. Pada
pilihanraya umum tahun 1985, keseluruhan anggota serta jentera BN telah diarah
supaya membantu Berjaya untuk berkempen. Adalah jelas kelihatan bahawa tindakan
yang amat genting untuk memelihara pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod baik
dengan KL.
Setelah
Berjaya ditumpaskan, Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO telah jelas
kelihatan untuk memberi sokongan kepada Berjaya-USNO untuk menghancurkan
Kerajaan PBS. Berbagai-bagai taktik serta sumbangan pemimpin-pemimpin KL kepada
parti-parti pembangkang di Sabah untuk melemahkan Kerajaan PBS.
Selepas
pilihanraya umum tahun 1985, ianya jelas mahathir telah menafikan pengesahan
Ketua Menteri sebenar di Sabah dengan sifat KL yang tidak merestui Kerajaan PBS
pada masa itu. Walaupun rampasan kuasa oleh Tun Mustapha telah berlaku di
Istana, mengiktirafkan kemenangan Datuk Pairin sebagai Ketua Menteri yang Sah.
"Formula
Sabah" yang dirangka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk berkongsi kuasa di
antara PBS, USNO dan Berjaya adalah sebagai syarat KL untuk pengiktirafan
pemerintahan PBS yang sah. Ianya juga kelihatan sebagai taktik untuk melemahkan
kubu kuat PBS dan seterusnya menggunakan kekuasaan "Pecah dan
Perintah" (Divide and Rule) untuk kebaikan KL. Tetapi Formula tersebut
telah ditolak oleh PBS.
Selepas
pilihan raya 1986, KL telah sedar bahawa PBS adalah sebuah parti yang sangat
digemari oleh majoriti pengundi di Sabah. Jika terdapat sebarang rancangan
untuk menumbangkannya adalah hampa dan tidak berkesan. PBS telah diterima masuk
dalam Barisan Nasional bersama-sama dengan USNO. Kemasukan USNO dalam BN adalah
sebagai alat untuk mengawasi keikhlasan serta kejujuran PBS. Di samping itu
pula, Datuk Pairin juga masih kurang terkenal di kalangan orang-orang besar
UMNO.
UMNO
telah bercadang untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah pada penghujung tahun
1986 dan awal 1987 apabila disedari bahawa USNO bersendirian tidak akan dapat
memperolehi kuasa serta menghidupkan semula dominasi politik Islam di Sabah.
Walau bagaimanapun, langkash tersebut adalah sebagai percubaan dan telah
dihentikan sebab masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh UMNO serta
prosedur pentadbiran, krisis dalaman UMNO dan sebagainya.
UMNO
yang memimpin BN telah banyak meragui kerajaan yang dipimpin oleh orang bukan
Islam kerana khuatir Sabah akan terlepas daripada genggaman. Oleh itu,
terpaksalah UMNO menguatkan gerakannya untuk keseluruhan dalam pandangan politik
negara. Setiap gerakan yang dilakukan oleh PBS telah diawasi dan ditimbangkan
mengikut kesesuaian serta kehendak UMNO dan BN.
Di
bawah pentadbiran Pairin, PBS sering menyuarakan aspirasi rakyat tempatan
berdasarkan kepada manifesto pilihanraya yang lebih mementingkan Sabah. Cara
itu adalah bertentangan dengan kerajaan Harris Salleh. Pemimpin -pemimpin UMNO
kurang senang hati dengan sikap Kerajaan negeri yang selalu mengamalkan
kemerdekaan sendiri di mana akan mengugat kepentingan negara.
Setelah
mengetahui kekuatan PBS adalah sokongan kuat daripada rakyat, maka
berbagai-bagai taktik telah digunakan untuk mencemarkan PBS serta
pemimpin-pemimpinnya; pemimpin-pemimpin PBS adalah rasuah, PBS anti-Islam dan
anti Persekutuan, PBS hanya mementingkan orang-orang Kadazan/Dusun. Segala
rayuan PBS kepada Kerajaan Persekutuan telah diketepikan. Manakala USNO sebagai
pembangkang telah diberi layanan untuk memalukan Kerajaan PBS.
Walaupun
segala rancangan untuk menumbangkan PBS telah dilakukan, tetapi PBS masih menang
untuk penggal ketiga. Kepimpinan UMNO khususnya kurang mendapat perhatian
daripada rakyat Sabah. Nyata sekali Mahathir tidak pernah memberi ucapan
tahniah kepada Pairin. Manifesto pilihanraya PBS pada 1990 telah jelas sekali
menentang kepentingan Kerajaan Persekutuan dengan menyuarakan lebih banyak
tuntutan mengenai hak-hak Sabah. Ianya kelihatan sebagai cara untuk mendesak
Kuala Lumpur.
UMNO
terpaksa mencari jalan untuk mengawal politik Sabah. Dengan kemenangan PBS,
peluang itu tipis. Walau bagaimanapun, KL terus menganiaya/mengancam
pemimpin-pemimpin PBS dengan menggunakan ACA dan IRD dengan harapan tindakan
tersebut dapat melemahkan PBS dan PBS akan tunduk kepada KL.
Tepat
pada waktu itu, PBS telah keluar daripada BN (komponen Barisan Nasional) semasa
pilihanraya parlimen, Oktober 1990. Keputusan untuk keluar BN tidaklah
dilakukan tanpa pandangan serta pertimbangan yang sewajarnya. Iannya telah
dilakukan berasaskan kepada aspirasi rakyat Sabah. Dengan serta-merta, UMNO
telah mengumumkan tentang cadangannya untuk bertapak di Sabah. Cadangan itu
telah dibuat dengan tujuan untuk berhadapan secara langsung dengan PBS dan
menggunakan segala kuasa yang ada tanpa melibatkan pihak parti ketiga.
Peristiwa Selepas PBS
Keluar Dari BN
Keputusan
PBS untuk keluar daripada BN telah menambahkan lagi kemarahan Kerajaan
Persekutuan dengan merancang lebih banyak penganiayaan kepada Kerajaan PBS dan
pemimpin-pemimpinnya.
Cubaan
untuk melemahkan Kerajaan PBS telah menimbulkan beberapa peristiwa seperti
berikut:
Pertama,
Dr.Maximus Ongkili sebagai Juru Perunding Akhbar kepada Ketua Menteri Sabah,
juga Pengarah Eksekutif, Institut Kajian Pembangunan Sabah telah ditahan
dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ianya telah disusuli dengan
penangkapan Ketua Menteri, Datuk Pairin dengan tuduhan rasuah. Sebelum itu,
Ketua Menteri telah dilucutkan daripada jawatan sebagai Pengerusi Ahli
Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah dan juga sebagai Pengerusi Ahli
Jawatankuasa Tindakan Negeri. Ianya adalah aktiviti yang berhubung dengan
Kerajaan Persekutuan dan Jawatan tersebut sepatutnya dipegang oleh Ketua
Eksekutif Negeri.
Sebagai
percubaan untuk mengkhianati imej Kerajaan negeri dikalangan umum, Kerajaan
Persekutuan mengumumkan bahawa ianya akan mengkaji tentang penyaluran peruntukan
pembangunan kepada Negeri Sabah. Ini adalah disebabkan Kerajaan Negeri Sabah
telah diterajui oleh parti pembangkang. Sikap serta tindakan Kerajaan
Persekutuan telah jelas kelihatan bertentangan dengan Perlembangaan
Persekutuan.
Dalam
percubaan untuk melemahkan ekonomi Sabah, Kerajaan Persekutuan telah
menggunakan Lembaga Perindustrian Kayu Balak Malaysia (MTIB) untuk
menguatkuasakan syarat-syarat mengeksport kayu bergergaji/balak. Pengharaman
tersebut telah memberi kesan buruk kepada hasil pendapatan Sabah yang kira-kira
40% kepada hasil Sabah dan merupakan hasil sektor yang terbesar negeri.
Kononnya tujuan pengharaman tersebut adalah untuk menghalang kegiatan
menghabiskan kayu balak Sabah, tetapi pengharaman tersebut tidak dikenakan
kepada negeri-negeri lain yang mengeluarkan balak seperti Sarawak dan
Terengganu.
Tindakan
tersebut telah melibatkan kerajaan Persekutuan secara langsung untuk
campurtangan dalam hak istimewa Kerajaan Negeri seperti Perhutanan yang
terkandung dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) salah satu syarat
Sabah untuk menubuhkan Malaysia.
Untuk
menyeksa Kerajaan Negeri, Timbalan Perdanan Menteri, Encik Ghafar Bapa telah
mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan menjadi penjamin kepada
Negeri Sabah untuk mendapatkan pinjaman dari Luar negeri.
No comments:
Post a Comment