Tuesday, May 12, 2015
Fakta tidak pernah berbohong
Letter to the Editor
Fakta tidak pernah berbohong... Sabah merdeka menjadi negara pada 31 Ogos 1963 kini sepatutnya kita merayakan kemerdekaan Sabah yang ke 49. bukanya 55 tahun seperti yang diwar-warkan dalam tv kerajaan.
Fakta tidak pernah berbohong... 16 September adalah hari malaysia dan perkara itu wajib kita rayakan dengan semangat perpaduan yang tinggi.
Genap 49 tahun, mereka cuba memadamkan ingatan kita terhadap sejarah pembentukan Sabah. melalui pelbagai cara dari buku teks hinggalah ke penulisan sejarah. sadisnya mereka memutar belitkan fakta dengan niat selamanya rakyat Sabah akan tetap tunduk kepada mereka.
Kita dimomokkan bahawa Sabah akan dijajah oleh negara philipin, Sabah akan dijajah oleh indonesia negara Sabah tidak BOLEH berdiri sendiri. Maka dengan pujukan jek buaya pemimpin mereka Negara Sabah dijadikan sebuah negeri ke 13. ini adalah fakta... fakta tidak pernah berbohong, hanya pemimpin BN UMNO sahaja yang beriya-iya mengatakan bahawa apa yang mereka katakan adalah betul dan kita rakyat Sabah harus bersyukur. Hakikatnya Apa yang harus kita banggakan... genap 49 tahun jalanraya kita masih ditakuk lama, jangan bercerita tentang jalan raya di luar bandar, lihat sahaja jalanraya dikawasan bandar teruk dan memilukan. Tak terlawan dengan jalan kampung mereka.
Jahilnya kita rakyat Sabah sanggup melihat negeri Sabah terus menerus diratah, dirogol dan ditelanjangi hanya kerana jawatan, pangkat, wang ringgit dan kebendaan. Isu PTI dan Patai, Tanah adat dirampas, janji dikhianati, rasuah, dan banyak lagi langsung tidak dilayani hanya kerana kita negeri ke 13.
Bangkit rakyat Sabah, bangkit pemuda Sabah, bangkit pemudi Sabah. Ayuh kita pertahankan kedaulatan negeri Sabah, ayuh kita tegakkan keadilan perjanjian Malaysia. kita sudah begitu jauh ketinggalan, mereka sedang bercerita tentang bagaimana untuk memajukan diri mereka, mereka sedang bercerita tentang pendidikan anak-anak mereka, malah mereka sedang bercerita untuk membina jambatan pulau pinang yang kedua.
Kita harus sedar tangki biru, mesin rumput, enjin sangkut, zink, mesin jahit, pukat, pam racun, bantuan kebajikan, PPRT, BR1M, Tayar 1Malaysia, wang RM 100, RM500, Projek-projek kilat dan sebagainya hanyalah gula-gula mereka. Gula-gula yang bakal menjadi racun dan membunuh kita rakyat Sabah secara perlahan-lahan
Generasi muda harus bangkit melawan. Membujur lalu melintang patah, cukup dan cukup sudah. Kita harus hentikan ketidakadilan, kita harus satukan tekad. Mereka bukan tuan kita, kita berhak menentukan nasib kita. Ayuh generasi muda Ketepikan sengketa, pisahkan perbalahan. Ingat kita rakyat Sabah hampir 49 tahun kita merdeka dan hampir 49 tahun juga mereka sewenangnya menjadikan kita sebagai sebagai ulun.
Maka sebab itu, sebagai rakyat tempatan Sabah, ketahuilah tidak ada sesiapa yang layak untuk mempertahankan Negeri Sabah selain daripada rakyat Sabah sendiri. Perjuangan kita adalah kesinambungan pemimpin terdahulu yang bertungkus lumus untuk memerdekan Sabah dan mempertahankan kedaulatan Sabah. berjuang untuk Menang.
July Petrus
Source: http://wikisabah.blogspot.com/2012/08/fakta-tidak-pernah-berbohong.html?showComment=1345896903157#c8286587814276736563
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment