Tuesday, May 12, 2015

The Coming Independence Day for a Country called Sabah (North Borneo)

Salam sejahtera kepada semua warga Borneo~ Sabah (North Borneo@Borneo Utara) dan juga Sarawak... Sebelum ini, kita telah merayakan hari Kemerdekaan bagi Negara Sarawak... Walaupun sambutan hari kemerdekaan Negara Sarawak tidak disambut secara besar-besaran, namun saya percaya bahawa ramai warga bangsa Sarawak telah merayakannya mengikut cara tersendiri... Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963  dan kini sudah mencapai 49 tahun merdeka. 
Kini, tiba pula masanya untuk Negara Sabah atau North Borneo atau Borneo Utara untuk merayakan hari Kemerdekaan Negara Sabah pada 31 Ogos 1963 yang ke 49 tahun. Sebelum itu, mari kita mengimbas kembali sedikit sebanyak perjalanan yang dilalui oleh rakyat dan bangsa Sabah (North Borneo) dan Sarawak selama 49 tahun dalam Persekutuan Malaysia. 
Selama 49 tahun lamanya, rakyat dari kedua-dua buah negara yang merdeka dan berdaulat ini telah mengalami kemunduran dalam semua aspek jika dilihat secara terperinci... Dalam aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan, perhubungan jalan darat, laut dan udara serta bermacam-macam lagi... Untuk pengetahuan anda, Tujuan mengapa Sabah (North Borneo) dan Sarawak bersetuju untuk bersama dengan Malaya dan Singapore untuk membentuk Persekutuan Malaysia adalah disebabkan kedua-dua buah negara ini telah dijanjikan masa depan yang cerah daripada aspek pembangunan secara keseluruhan (ekonomi, keselamatan,etc). 
Walau bagaimanapun, selama ini kedua-dua buah negara ini tidak mampu mencapai matlamat seperti yang dijanjikan. Ini disebabkan oleh kengkangan daripada Malaya yang berusaha sehabis baik untuk menjatuhkan ekonomi kerajaan Sabah dan Sarawak suatu masa dahulu. Selepas kerajaan Sabah (North Borneo) jatuh ditangan kerajaan Malaya melalui Barisan Nasional yang diketuai oleh parti melayu malaya (umno), hasil ekonomi, cukai, hasil bumi, pendidikan serta bermacam-macam lagi telah diambil  sepenuhnya oleh Malaya. Selepas itu, kemasukan Pendatang Tanpa Izin telah berlaku dengan drastiknya selepas pada tahun 1994 sebaik sahaja BN ~UMNO menawan kerajaan Sabah. 
Syukur kepada kerajaan Sarawak kerana begitu kukuh dan bersatu hati dalam mempertahankan benteng kerajaannya daripada jatuh ditangan BN~UMNO. Oleh yang demikian, saya menyeru rakyat dan bangsa Sarawak untuk TIDAK SESEKALI MEMBENARKAN UMNO MEMEGANG KERAJAAN SARAWAK!
Disini saya ingin memohon maaf atas kenyataan dalam artikel blog saya ini kerana telah mengaitkan isu politk-parti kerana merekalah punca kepada semua masalah di negara Sabah. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana perkara ini tidak akan berpanjangan lagi kerana dalam beberapa tahun dari sekarang, Sabah dan Sarawak akan KELUAR DARIPADA MALAYSIA! Ini bukan kenyataan yang tidak bertanggungjawab tetapi ini adalah kenyataan yang BENAR! Kumpulan elit Sabah dan Sarawak yang mempunyai sokongan antarabangsa sedang giat dalam usaha untuk mengumpul tandatangan untuk dibawa ke United Nation (UN) agar deklarasi yang rasmi akan diumumkan yang menyatakan Sabah (North Borneo) dan Sarawak tidak lagi kekal dalam Persekutuan Malaysia kerana Persekutuan ini sudah TIDAK SAH DAN TERBATAL SELEPAS PENGELUARAN SINGAPORE DARIPADA PERSEKUTUAN MALAYSIA PADA 9 OGOS 1965.
Kepada kerajaan Malaya, ANDA TIDAK MAMPU UNTUK MENAKUTKAN KAMI ATAU MEMPERBODOHKAN KAMI DENGAN ISA ATAU APA-APA JUA CARA KERANA KEINGINAN KAMI UNTUK TIDAK MAHU LAGI BERSAMA DALAM PERSEKUTUAN YANG HARAM INI ADALAH LAHIR DARIPADA HATI, JIWA DAN RAGA KAMI!!! KAMI TUNTUT UNTUK BERPISAH DARIPADA PERSEKUTUAN INI!!! INI MERUPAKAN PERJUANGAN NASIONALIS ANAK BANGSA SABAH (BORNEO UTARA) DAN SARAWAK!!! KAMI BOLEH BANGUNKAN NEGARA KAMI DENGAN LEBIH PESAT DAN MAJU DARIPADA MALAYA DAN MENJADI NEGARA MAJU SEPERTI SINGAPORE, KOREA, JEPUN, ETC...!!!

No comments:

Post a Comment